-->

CINTA KURA-KURA

DIAM bukan beerti LEMAH..kadang kita tahu apa yg harus dikatakan, tapi kita tak ingin melukai perasaan seseorang..

Aku Di Sini hanya untukNYA

JANGAN! jangan?? yupp jangan okay..JANGAN bermanja pada yang tak halal..JANGAN bercerita pada yang tak amanah.. JANGAN paksa pada yang tak setia..JANGAN ungkit pada yang tak menghargai..JANGAN benci pada yang tak mengerti.. JANGAN mencintai pada yang membenci..


Friday, 6 April 2012

S A H A B A T

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kau sangkakan & tidak sekuat yang kau rasakan. Di sebalik senyumannya mungkin terdapat 1000 kesedihan yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan 1000 kekalutan yang ingin diceritakan. Di sebalik kegembiraannya mungkin tersingkap 1000 kegusaran yang ingin dikongsikan. Kita tidak akan pernah tahu.. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

"Jangan sesekali kau bersahabat kerana kebaikan & kesempurnaan yang kau lihat pada zahirnya tetapi bersahabatlah untuk mencari keredhaan Ilahi kerana kelak kau bakal kecewa pabila kekurangan & tidak kesempurnaan ada pada sahabatmu. Memang begitu. Tiada siapa yang sempurna. Kekurangan yang ada padanya bukannya untuk dibanding-bandingkan tetapi untuk kau sempurnakan.."

“Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan..” (Dale Carnagie)

“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik..”
Posted by CINTA KURA-KURA at 06:01 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 26 March 2012

c i n t a


Kadang-kadang kita tidak pernah sedar.. Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita... ~ dia intai kita dalam senyap. ~ dia bukak wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru ... ~ dia tengok semua gambar kita dalam album ~ dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak. ~ dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi. ~ dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita. ~ dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina,walaupun kadang-kadang hatinya terluka. ~ dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita. sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaannya kita sunyi tanpa dia kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya itulah sebenarnya yang bernama CINTA kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta
Posted by CINTA KURA-KURA at 08:39 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 17 March 2012

BETUL KE AQ BOLEH~~

"Ketika aku kecil, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin dewasa, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersedarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "


Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.
Posted by CINTA KURA-KURA at 06:46 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

rahsia wanita dengan melihat cara berjalan


Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Posted by CINTA KURA-KURA at 06:16 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 11 March 2012

teman~~


Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,

Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun, untuk sujud menghina diri dihadapanMu

Ya Allah, aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku di hadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang seluas mata memandang,
Subhanallah, aku tertunduk malu..
Malu denganMu ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan
Kerana 'mereka' tidak pernah henti berzikir memujiMu

Tapi aku??
Aku merasa tersindir pada alam sekelilingiku,
Aku merasa tersindir dengan ketaatan makhluk ciptaanMu,
Aku tertunduk malu,
Aku malu Ya Allah,
Aku hanya manusia hina,
Hanya dijadikan dari setitis air mani yang hina,
Aku manusia lalai yang leka dengan arus dunia,
Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini,

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi cinta padaMu,
Mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka yang mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka yang tanpa jemu menyebarkan kalamMu,
Mereka yang tidak gentar dengan jalan juang yg penuh ranjau,
Mereka yang tak penah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunyai semangat jihad yang tinggi,

Kerena apa??
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya cintaMu,
Kerana hati mereka tenggelam dalam kasih sayangMu,

Namun aku?
Dalam kesamaran terumbang-ambing mencari jalan,
Jalan untuk aku berubah,
Jalan untuk aku 'renovate' sejadah iman yang telah koyak,
Jalan untuk aku membersihkan sekeping hati ,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam,

Aku perlukan kekuatan dariMu Allah,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,

Agar aku tidak kecundang dgn arus dunia,

Tetapi aku sedar,

Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
Ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
Tapi dipenuhi dgn jalan yang berduri.
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan mengemis kepada-Mu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis cinta dariMu,
Ya Robbi berikanku kekuatan agar aku menjadi hamba yang disayangiMu.

Posted by CINTA KURA-KURA at 21:54 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
http://2.bp.blogspot.com/-LOOh5svNnCE/Tv9z9w6hg-I/AAAAAAAAAvA/Wvh5d4Oia0I/s400/selepas.png
Subscribe to: Comments (Atom)

dEtik kEmatiAnku

Cuteki cute & kawaii

my picture

my picture

aku ANAK NAWI

My photo
CINTA KURA-KURA
PASIR MAS, KELANTAN, Malaysia
View my complete profile

Total Pageviews

Cuteki free cards

Followers

JUM LARI-LARI DLM BLOG

  • Home

Popular Posts

  • c i n t a
    Kadang-kadang kita tidak pernah sedar.. Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita... ~ dia intai kita da...
  • S A H A B A T
    Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak set abah yang kau sangkakan & tidak sekuat yang kau rasakan. Di seb...
  • teman~~
    Tika seluruh alam masih lagi sunyi, Tika manusia sedang lena dibuai mimpi, Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun, Tika sang s...
  • BETUL KE AQ BOLEH~~
    "Ketika aku kecil, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untu...
  • rahsia wanita dengan melihat cara berjalan
    Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita ...
cinta sampai syurga
Backgrounds & Valentine's Day Backgrounds

Powered by Blogger.